Isnin, 24 Disember 2012

Selamat Datang Ke Ning's Homestay


Asalammualaikum , salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah kerana terbitmya blog tentang Ning's Homestay. Keperluan penginapan di sekitar kundasang telah mendorong saya menerbitkan blog ini untuk rujukan dan kemudahan kepada kita semua. Ning's Homestay terletak di Kampung Kinasaraban,Kundasang Ranau,Sabah . Jarak perjalanan dari ibu kota , Kota Kinabalu lebih kurang 100 kilometer ( 2 jam ) .

Ning's Homestay menawarkan penginapan kepada pelancong , antara fasiliti yang ditawarkan oleh Homestay ini adalah :- mempunyai lima bilik pelbagai saiz , 2 ruang tamu dilengkapi sofa , tv dan astro , dapur kering dan dapur basah , empat bilik mandi dilengkapi hot shower , kemudahan bbq , peralatan memasak dan peti ais.
















Ning's Homestay merupakan penginapan yang selesa untuk keluarga yang ramai.Untuk tempahan bolehlah menghubungi Puan Suzlena (0198990785) En Suhaipin Sharin (0198400251).

Tempat-tempat menarik sekitar Ning's Homestay yang boleh dilawati:-
* Taman Kinabalu (4KM)
* War Memorail ( 2KM)
* Desa Cattle Farm Cow's (4KM)
* Poring Hot Springs ( 30 KM )
* Luanti spa fish  (30KM)
* Ladang Teh Sabah ( 30KM)

Terima kasih.

5 ulasan:

  1. salam puan terima kasih sebab sudi singgah di blog saya.
    kalau tidak keberatan, boleh puan ceritakan sedikit apa kemudahan yg ada disekitar homestay tu tak.
    1) harga untuk semalam
    2) kedai makan

    mungkin boleh dijadikan rujukan utk pembaca lain juga.
    terima kasih..

    BalasPadam
  2. Kmsalam... maaf kerana lama tidak update blog.. Ning's Homestay (rumah bertingkat) separa konkrit. Kemudahan dalam homestay :- Bilik (5) pelbagai saiz keluasan dan amat selesa ,4 bilik mandi dilengkapi heater, Dapur kering dan dapur basah lengkap dengan peralatan( Rice cooker , jug , pembakar roti , peti ais, pinggang mangkok, sudu garfu , tempat BBQ ditanggung Halal), 2 Ruang tamu lengkap dengan perabot , astro & TV , Tempat parking kereta.Harga adalah berpatutan sesuai dengan keluasan rumah dan kemudahan yang di sediakan RM 350/malam.

    BalasPadam
  3. salam en.Suhaipin & cikgu.
    saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan yang baik dan kemudahan yang disediakan sangat berpuas hati.perkhidmatan yang bagus,selesa dan luas memberikan kegembiraan kepada kami sekeluarga.Kalau ada umur yang panjang,boleh kita jumpa lagi..-daripada hafiz

    BalasPadam
  4. Saya akan bercuti ke Kundasang dlm masa terdekat ini. Boleh bagi nombor telefon owner supaya senang saya berurusan sekiranya masih ada kosong pada 31.12.2014. Urgent.

    BalasPadam