Isnin, 24 Disember 2012

Selamat Datang Ke Ning's Homestay


Asalammualaikum , salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah kerana terbitmya blog tentang Ning's Homestay. Keperluan penginapan di sekitar kundasang telah mendorong saya menerbitkan blog ini untuk rujukan dan kemudahan kepada kita semua. Ning's Homestay terletak di Kampung Kinasaraban,Kundasang Ranau,Sabah . Jarak perjalanan dari ibu kota , Kota Kinabalu lebih kurang 100 kilometer ( 2 jam ) .

Ning's Homestay menawarkan penginapan kepada pelancong , antara fasiliti yang ditawarkan oleh Homestay ini adalah :- mempunyai lima bilik pelbagai saiz , 2 ruang tamu dilengkapi sofa , tv dan astro , dapur kering dan dapur basah , empat bilik mandi dilengkapi hot shower , kemudahan bbq , peralatan memasak dan peti ais.