Sabtu, 17 Ogos 2013

Karnival Hari Raya Walai Tokou (WTH Homestay Kinasaraban ) 16-17 Ogos 2013

Tidak terlewat kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung blog ini  dan juga ribuan terima kasih kepada pelanggan yang memilih Ning's Homestay sebagai lokasi penginapan semasa bercuti di sekitar Kamupng Kinasaraban ,Pekan Kundasang dan Pekan Ranau yang amat terkenal dengan kurniaan illahi udara yang nyaman dan panorama yang indah. Para pembaca sekalian sekali lagi Ning's Homestay mengalu-alukan kedatangan saudara-saudari berkunjung ke Kampung Kinasaraban ( Pekan Ranau) kerana terdapat banyak acara yang boleh dijadikan tontonan . Antara acara terdekat yang diadakan di pekan Kundasang ialah " Mountian Festival Music" 13-15 Sept. Banyak acara kebudayaan akan diadakan. Selain itu, pada 18 - 20 Oktober ini  acara larian Mendaki Gunung Kinabalu akan dipertandingkan. Mungkin saudara-saudari masih ingat tentang Raja Buah , ketika ini musim durian di Pekan Ranau kini menunggu masa . Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai rasa Klon durian di Pekan Ranau... Selamat Datang dan selamat menginap di Ning Homestay.










Isnin, 24 Disember 2012

Selamat Datang Ke Ning's Homestay


Asalammualaikum , salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah kerana terbitmya blog tentang Ning's Homestay. Keperluan penginapan di sekitar kundasang telah mendorong saya menerbitkan blog ini untuk rujukan dan kemudahan kepada kita semua. Ning's Homestay terletak di Kampung Kinasaraban,Kundasang Ranau,Sabah . Jarak perjalanan dari ibu kota , Kota Kinabalu lebih kurang 100 kilometer ( 2 jam ) .

Ning's Homestay menawarkan penginapan kepada pelancong , antara fasiliti yang ditawarkan oleh Homestay ini adalah :- mempunyai lima bilik pelbagai saiz , 2 ruang tamu dilengkapi sofa , tv dan astro , dapur kering dan dapur basah , empat bilik mandi dilengkapi hot shower , kemudahan bbq , peralatan memasak dan peti ais.